Salji

Saturday, July 19, 2014

Mitos menarik tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari.
Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang
Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.
Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta: 
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.
Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
 Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar.
Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
 Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru.
Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
 Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.

Kesan penggunaan telefon yang kerap

Assalamualaikum.. ^_^

Sharing & Caring Time!!

Antara kesan buruk bila kerap menggunakan telefon bimbit:

1.Boleh merosakkan sel-sel darah

Menurut Para saintis sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka

2.Boleh mengancam DNA manusia

Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

3.Boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma

Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma,demikian menurut penyelidikan daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN,Dis 2008)

4.Boleh Merosakkan Daya Ingatan

Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English)

Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.


5.Risiko Barah Otak

Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

6.Boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

7.Menyebabkan sakit kepala dan lesu

Kamal Attartuk-penghapus sistem khalifah

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kemal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?”. Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab “Kamal Atartuk adalah Tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui

Monday, September 16, 2013

Loghat Terengganuku

1. Guaner Gamok = Apa khabar
2. ape ke jadah = apa hal
3. ayor dok ayor gok = ia tidak / sesungguhnya
4. atu = hantu
5. atur kecing = sssshhh ssshh!!! supaya bayi kencing
6. apah nyor. = hampas kelapa
7. anguh letong = sangat hangus
8. agah/beragah = org kecik jenis berani
9. air geh tujuh yu-pi = air 7UP(kole beghang)
10. air tuak = air nira
11. amok reng = malas nak tolong
12. air chor = air basuhan bertakung dari dapur
13. bata golek = boaster/bantal peluk
14. bronok = sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
15. bepang = sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut16. boloq woq = serabut17. bak = ayah18. bobok = gelembung udara dlm air19. boyak = beritahu

20. bollo’k = penuh sesak21. bahang = pukul kan!22. bapok gong = sangat besar23. botok licing = botak licin (rambut)24. beso jereguk = besar25. beghak nanang = sangat berat26. bluahh = comot27. beratah = banyak28. beliung = pepatung29. bising bangor = sangat bising

30. beso jalor = sudah besar31. beng ikang = van@lori yg bawa ikan32. bholay = tidur33. be’rong = lalat,nyamuk yg ramai berterbangan34. buruk leppok = baru35. busuk kohong = sangat busuk e.g mung ketok busuk kohong (kau kentut sangat busuk)36. busuk kohong = sangat busuk37. ba bay = degil bodo do'oh lalu = bodo lebih/benak38. bur*t = far*j39. bewok = biawak

40. biru heran = biru lebam-lebam41. buah semeta = manggis42. bera = sedih nak menangis43. baruh = sawah44. baki = bekas utk meletak sesuatu benda45. buah pe’lang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam46. buah setial = buah kecapi47. buah tai = buah kelapa laut48. berahi = suka e.g aku berahi makang ke’pok lekor (aku suka makan keropok lekor)49. bekeng = garang/bengis

50. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut51. bhiang = binatang mengawan e.g lembu bhiang.52. berambei = bergantungan53. bicuk = benjol e.g pala aku bicuk teratuk tadi (kepala aku benjol terhantuk tadi)54. culah = degil55. cong = tipu/bohong56. cekik = cubit57. cetong = tin susu58. cokeh = tuas59. che = mak

60. ceroh nerang = sangat terang61. cakner = prihatin/ambik berat62. comel lote = comel yg amat63. cerelong = merenung dgn mata yg besar dan tajam64. colok = mancis, gesek (Kelantan)65. cakkerek = cengkerik66. dokdang = tak sempat67. dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu68. doktong = suka merayau-rayau69. dok = bukan

70. dian = lilin71. dudok cacang = berdiri72. dhian = duduk dekat unggun api73. dok oh lalu = terlalu over74. dok rok meppeh = tak larat 75. dho’nik = mengejek-ngejek76. dok tahu starang baroh = tak tahu pun lansung77. dok dulli = tak hirau78. du du senung = mentadak-mentadu79. decung = sangat laju

80. denir pey = sangat becak berlumpur81. derohong = bunyi bising yang kuat82. dek pong = sebabnya/kerananya83. dinung = disana84. dondeng = 85. dok seker = tanpa disangka86. dedok = sekam padi87. dhoket = tercacak e.g anok panah kena dhoket pada sasaran.88. erek = heret89. enjjal = terajang/sepak

90. embeng = banyak91. echir = tabur92. glising = merekah93. gelak kattok = gelap gelita94. geddik = sama spt nginding…nak sesuatu drp orang tanpa dijemput/undang95. gege = bising96. gemuk debbok = gemuk sangat97. gugha bewok = gurauan yg menyebabkan pegaduhan98. gong = sombong, tanah tinggi, gong99. gong = gong alat muzik

100. gembik = lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je101. gi selalu = pergi sekarang102. guling bating = jatuh bergolek103. galir = loose104. gelap guguk = gelap gelita105. gu’ling = terlentang rehat sebelum tidur106. gogeh = bergoyang107. gharik = maghrib108. gohek = pandu109. gustang = undur

110. gombeng = berkucup/isap tetek111. getok = jambatan112. ghagal = meraba113. gelap mata = pitam114. ghumber = mengepam cecair dgn alat manual115. ija naung = hijau pekat116. itang lettung = tersangatlaa hitamnya117. itam lo’tong = tersangat hitam118. itam leggam = tersangat itam119. ising = gila

120. ikang aye = ikan tongkol121. ikang kerah ekor = ikan cencaru122. ikan sekilar (org Trg) = ikan ka’ring (org kelantan)/ikan pelaga123. ikan tebakul = ikan belacak124. itik sekati = itik jawa125. itik gembor = itik air126. itik baghal = itik sekati + itik gembor bila besar jadi itik baghal (ia mengeram telur)127. igak = tangkap128. jeretoh = tidur129. jelira = menyerap/meresapi e.g sejuknya air jelira (rasai) keseluruh badan

130. jangok = berhias diri131. jenuh = puas132. jenggi = badi133. jelebab = jatuh tertiarap134. jabir/supik/plastik ghok-ghak = plastic bag je padahal135. jauh sayut = teramatlah jauhnye136. joong = mendung/redup137. jebeng = jambang138. jogher = tukang ampu139. kepeh blepeng = kempis sangat (sampai mcm lempeng?)

140. kedarah = makan dgn pelahap (bahasa kasar ketika marah)141. koghok keghing goh = tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)142. kelecak baghak = terpelanting 143. kerek tlage = konkrit perigi 144. kopey = tidak berupaya145. kenghir = tidak berupaya146. kelong = baling147. kelepek = curi e.g basikal aku kena kelepek148. koman spanar = tidak berwibawa149. kerek = acap kali

150. ketek (dok ketek) = senyap dan takut151. ketik nyamuk = digigit nyamuk152. ke’kok/kepouk = ketuk kepala dgn ruas jari153. kalu = jikalau154. khouh = terperap busuk/hapak155. kuih badak = macam donut tapi drp ubi stelar (keledek)156. kupik = kedekut157. kutil = cubit-cubitan158. Kembit = mengada-ngada159. Karang = lain waktu pada hari yg sama

160. Kekgi = sebentar lagi 161. Khabor = beritahu162. ka’bur = kumbang163. katok = pukul164. kelotong nyor = kelapa kering jatuh ditebuk tupai 165. kohor-kohor = perlahan-lahan166. ke’jong = berkas dgn paksa167. kopek = tetek168. keta tambang = teksi169. koyok nyor = kupas kelapa

170. koyok = carik171. kecik tuik = sangat kecil172. kecik pereh = sangat kecil173. kuning siyor = sangat kuning174. kemosa = kuih macam karipap inti ikan175. kuba balo = kerbau yg ada wana pink176. kheloqq = malu/takut177. kuruh kering = sangat kurus178. kuruh kekek = sangat kurus179. kecok = jln terhincut2

180. kona leper = corner lipat 181. kelecak = terpelanting182. kattok wong = katak (siap ade bunyi tuu)183. ketor geggor = terketar smp bergegar184. koghok = tengkorak185. kena kekoh = kena gigit186. kelepek = kena curi187. khapoh = selerak188. kehek = muntahkan semula 189. kijjer kelaut = kerja nelayan

190. kerah ketong = sangat keras191. kerah kejong = sangat keras192. kecek = tipu/bohong193. khucuk = lari laju sebab takut e.g aku lari kucuk bila jumpa rimau...194. kesek = mata rosak sebelah /lampu rosak sebelah195. lembek = tilam196. lari kucuk = lari laju takut197. lembbek lolltek = sangat lembik198. lenyeng = terkulai199. licing mayor = permukaan sangat bersih dan halus

200. lari cedah = lari laju201. lecah = becak202. lu’arr = diluar203. luar lu’ar = seluar diluar204. lambur = tangga rumah yg lebar boleh duduk sembang205. lassor = beranda206. lellning = sekarang ini207. lapo perut = lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)208. letihsang = sangat letih209. lepe = cuai

210. lugar = perut kosong rasa sebu.211. Medik = kedekut212. ma’rin = semalam213. mutor kelaut = bot nelayan214. meroh merang = merah sangat215. mu’sang = bengis216. ma’nah = banas baran217. memang dok arr = memang tak ar!218. musing ligat = berpusing-pusing219. musing ketang = berpusing-pusing

220. manih leting = sangat manis221. makang kkucing = dimakan kucing222. makbrekmok = makian bur*t mak (censored)223. musing ketang = tercari-cari merata-rata224. maknga = dok prihatin225. meppeh = tak larat226. masing pekkok = teramat masin!227. masing re’bing = sangat masin228. meceh = pemetik api229. may = heroin (dlm filem)

230. main tor = main sembunyi – police sentry231. meroh nyala = sangat merah232. nakuk paik = penakut yg amat233. noneng = bergayut234. nu’suk = sembunyi235. ngerek = selalu bwk awek kot?236. ngigar ekor = tercari-cari237. ne’ting = melompat238. nyor komeng = kelapa tiada isi yg ringan239. ngoyang = meroyan

240. nginding/ngendeng = harap pemberian orang dgn pergi ketempat makan contohnya241. netel = meghampiri orang dgn perlahan-lahan242. netang = terlentang243. ne’tang = tergalang244. nyong nyong = mendatangi terus dgn selamba e.g dia mari nyonyong jumpa aku245. nyekik = menyampah246. nyuruk = menyorok/bersembunyi247. nyakit nyamang = tidak bersangkut paut248. nyeh-nyeh = mengada-ngada 249. nisang = gula melaka

250. nebeng ngoh = ter over 251. nebeng = berusaha sungguh-sungguh252. nipih nhayang = sangat nipis253. nhayang = terbang254. ngatuk mate = ngantuk (samela tak ble pisah ni..... kene bitahu eheh)255. ngu bu ngabang = panik/keadaan bercelaru256. ngongek = bergoyang257. nyaknyer = kesian258. na’sang = malas259. ngita = mengintai

260. nibbang = bersetu**h261. nawo’k = tipu262. ne’cek = gelupas263. orang muda = hero (dlm filem)264. ogeh = mengoncang tiang/pokok265. pucak kesi = pucat lesi266. pik = far*j267. pehel = cubit-cubitan268. *kuih tat* = tapak/bawah269. patoh riok = patah (tangan etc)

270. pendek kettok = pendek ah271. panah ketik = rasa sangat panas272. panas dering = hari tersangat panas273. panahsang = panas yg teramat sangat274. panjang jenggong = sangat panjang275. piyung = penyu276. piyat = pukul dgn rotan, lidi atau ranting.277. Pohu = rapuh278. Putih seleput = sangat putih/melepak279. Phuing = terdedah

280. Piyer = siapa281. Pok = tin susu tuu282. Perap = tak bergerak283. Perok = kesuntukan284. Peleting = straw285. pelekong = baling286. punoh jahnan = rosak287. paik nepang = pahit yg amat2288. patoh riok = patah banyak289. pekat likat = pekat ah

290. peteh = sekat kaki dgn kaki agar jatuh291. pughah hangik = hampeh gila292. pender = apa benda/apa hal293. puahsang = boring294. pelawok = tipu/bohong295. penuh rumbu = penuh sampai melimpah296. penuh nembok = penuh sampai melimpah297. *daki* = kemaluan wanita298. pitih = wang299. pelohong = terbuka

300. phirah = sengkenit301. ranggoh = makan dgn pelahap (bahasa kasar)302. rokok cap unta na = rokok camel dialek koleberang's)303. ringang lepung = sangat ringan304. renjong = tinggi/kaki panjang305. re’muk = banyak dan halus (spt semut, org ramai dlm stadium)306. rhobok = almari307. siyek = mengoyak308. sigung = pukul dgn siku (menyingung)309. skekk = sedikit

310. se`jek = masjid311. sekut merri = biskut merrie312. saing = kawan313. se'eh = terlalu kenyang tercungap314. segok lembu = kena tanduk oleh lembu315. sawat = pel*r binatang316. sorok = drawer317. sokmo = banyak kali318. sejuk kettor = sejuk yg sangat319. senyak tupih = senyap sunyi

320. seriaw = seram321. skon = serasi e.g aku dok skon kijjer situ.322. serebang = kebas323. skodeng = mengendap324. srupe tule/supatula = serupe je 325. suke = suka, gembira326. suke glekek = ketawe menggelekek327. soheh dok munggg?? = ko ni biar betul!! / kau confirm ker328. sewang = lebih kurang serabut jgk329. sekak netting = singkat sangat (kain)

330. sakning = baru kejap331. seperong = teropong (binocular)332. sutoh = balkoni/tingkat atas333. susuk = sembunyi334. samah = 50 sen e.g tiga amas, pat amah (RM1.50, RM2.00)335. serek = tempat gulung tangsi nelayan336. serik = tak mahu ulangi kerana takut, sakit dll337. sakan = banyak338. sembak = ikan makan kail339. tinggi sayuk = sangat2 tinggi

340. taller = bodoh341. tiyung = cium342. tha’rak = bersorak343. tinggi langguk = sangat tinggi344. tadok pitih sekepeng = tiada wang w/pun kecil nilainya (sekepeng = ¼ sen, sedik = ½ sen zaman dulu)345. todi = air tuak346. tekop = guna tapak tangan tangkap sesuatu diatas lantai347. terap = tiru diatas sesuatu guna kertas nipis348. teboh = guna tapak tangan tangkap/tepis haiwan terbang349. tembok = jalanraya

350. tunggu stor = tunggu sekejap351. tupul glenyeh = tumpul sangat(pisau ke)352. tebeng = melindungi dgn sesuatu spt tabir353. tebheng = berusaha sunguh-sunguh354. tawor hebbe = tawar gila355. tawor lem = tawar(air)356. tohok = buang357. terang berak = paksa berak358. tembor = masuk/keluar tanpa kebenaran/lari e.g aku tembor sekoloh balik rumah.359. tubik = keluar

360. tebal naun = sangat tebal361. toho leppeh = air yg cetek362. tubekgkembong = buasir363. tinggi nyayut = sama spt diatas364. taik ayang muna = tahi ayam yg masih hangat cair365. tinggi lonjong = sangat tinggi 366. tadok aghoh = habis ikhtiar367. teksi = beca368. tak emboh = tidak mahu369. tang =

. tagor = baling371. tibang = pukul372. tirih = bocor e.g atap, timba, ung dll373. udoh sepang = hodoh374. udoh sepang ko'ong = sangat2 hodoh375. udoh sepang = sangat2 hodoh376. ubi steler = ubi keledek377. undur-undur, cakcerut, cikgu = cencorot (dlm pasir tu bawah rumah)378. ujang serek = hujan berhenti379. ujang sidang = hujan mula berhenti

380. woh ulu = bahulu381. warna biru stor = warna biru biji kundang, biji gemia382. warna samo = pink color
Arong (darjah kemasakan, misalnya telur)

Baddi (bertanding)
Bangak (bangat?) (cepat?)
Bedo’oh (@ do’oh) lalu
Bedrohong
Bekeng (bengkeng?) *
Berahi (suka) betak (betap?) = lembab
bing (**ekspresi)
Brayor (main-main, gurau, acah-acah)
Bo’jeng (berkenaan rambut)

Cacang (cancang?)
Cakna
Carik celober
Cedung (ceddung?)
Cekoh
Celerek (& celerek tek)
Cerlong
Cero (cair/tidak pekat, berkenaan air & berkenaan sakit perut)
Cok (= tanda?)
Comel lote
Cu (acu)

Dang (dan, Kedah) = sempat
De’eh
Deras bedrohong
Dok rok (rok)
Do’oh

Ge (ger?) = macam?
Geger (asal Jawa?)
Gelak (gelap) kat’tuk, gelmak
Gelepor (gelempar?)
Gelewak
Gelenya (gelenyai? Gelenyar?)
Geroh (gerah?)
Gocoh
Godok (menggodak?)
Gohek (go ahead?) berkaitan basikal
Golok bong
Gong (sombong, permatang)
Gok (Jw. got)
Guane (= bagaimana, macam mana)
Gumba (pump)

Hanya (bersepah-sepah)

Irek (irik, berkenaan padi)
Jalir (sulur paut, sulur yang menjalar)
Jal’lir (jalar?)
Jangok
Je’bek (men-cebik muka?)
Je’beng
Jelinang (air mata)
Jelok (kepala, semasa demam)
Jenere (jenera = nyenyak)
Jenggi (= meremang bulu roma, dan hubungannya)
Jo’ong
Jujjuk (jujuk?)
Kanja (kanjal)
Katok (= pukul)
Keleh (kelih? = lihat)
Kelek (mengelek? bawa di celah lengan) BM?
Keras kerjong
Kerek (berkenaan telaga)
Kerek (= kerap)
Kilir (berkenaan mengasah)
Kocok (goncang)
Kuca (kucar?) lanya
Kuca (kacau?)

Lawo (lawa?)
Lere (= cuai?)
Lese (rata)
Leweh
Lok (biar)

Netting (lompat-lompat)
'Nja (= menghentak dengan tapak kaki, memukul)
Nger’ruh (berdengkur)
Non'neng (tergantung)
Nussuk (sembunyi)
Nyek (pijak)

Ogak-ogak (jentik-jentik)
Ogeh (goncang, kocak)
Ogoh (goncang, kocak)
Ongek

Panas sooh
Parok (parah? Teruk)
Pattak (pantat?) = bahagian bawah, dasar (bukan lucah)
Pedor (sejenis rasa di lidah?)
Pi-‘yat (= memukul dengan rotan, lidi)
Plekong
Pletong
Porrong
Pulas sawwah
Redoh (redah?, berkenaan hati, sangat sedih/sayu)
Repih (mematah)
Ret’tok (jambatan kecil)
Ret’tok (sj perhiasan)
Rok (dok rok)
Royak

Se’eh
Sedawa (sendawa)
Seke (=sangka?)
Sekoh (sekah?)
Selok (selak?) = menangis/sakit yang keterlaluan/tidak sedar diri
Seprong (teropong)
Sendung
Serek (hujan)
Seri’ya (seriau?)
Siy’yang (= kasihan, kesian)
Siang (menyiang?)
Si’nna (sinar?) bana
Ske’peng*
Sohor (tersohor, masyhur?)
Stab’buk*
Star’rang*
* Suka (ketawa)
Sullit (‘nyelik? = terselit)
Sutuh (satu bahagian rumah)
Sutuk (suntuk?) berkenaan kepala

Takir (takik?)
Tang (= katok) = pukul
Tang (arah) ke mana?
Teluh (telus?)
Tengak (lambat?)
Tirih (tiris)
Tohok (buang)
Tohor (cetek)
Tub’bir (tanah tinggi, pinggir antara tempat tinggi & rendah)
Tumb’bil (berkenaan mata?)
Tunja (tunjal)
Turuk (turut?) = ikut (jangan ‘diturutkan’ hati)
Uting (target)
Uting (seberkas anak padi di tapak semaian)

Wak (buat)
Weh (**ekspresi)
Wi (buwi, beri)

Sunday, July 28, 2013

Tips Fokus Dalam Kelas

  Assalamualaikum..Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglahsebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas? Jadi, WS ingin berkongsi 10 cara hebat memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom!
  
1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!

Tip-Tip Pelajar Cemerlang


  1. Tahu bakat dan kecenderungan diri.
  2. Tahu gaya pembelajaran sendiri yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.
  3. Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang   dimahukan.
  4. Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.
  5. Sentiasa fokus ketika berada dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajaran.
  6. Mempunyai aras minda (mindset)yang betul tentang belajar.
  7. Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan rakan-rakan.
  8. Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan.Mereka belajar secara bijak (study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar (study hard).
  9. Belajar secara output dan bukan sekadar imput.
  10. Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual belajar bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk musim peperiksaan.
  11. Memanfaatkan ruang belajar secara berkumpulan.
  12. Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedar.
  13. Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan   kelebihan rakan-rakan.
  14. Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.
  15. Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapa serta memohon restu dan doa mereka.
  16. Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat yang buruk serta dosa dan maksiat.
  17. Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat disamping banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Kita sebagai ibu bapa bolehlah gunakan tips ini sebagai senarai semak untuk memantau persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang nanti.
Insyaallah, berusaha dan berdoalah demi kepentingan masa depan mereka, yakni waris kita juga.

Monday, July 15, 2013

Budaya Sekolah Cemerlang (SMK Seri Lipis) -Sumber:izzulsemsel.blogspot.com

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan budaya di sekolah yang menjadi seseorang pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:



BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.


SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.


  • MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.




  • MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.
  • MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.